Pages

Monday, October 18, 2010

Penyakit:

Penyakit Batin:
Nifaq, hasad, dendam, riyak, keluh kesah, lemah jiwa, Berprasangka buruk, cinta dunia, bangga diri, sukakan penghormatan, suka dipuji.dll.

Penyakit zahir (hasil dari penyakit batin):
Bakhil, suka mengumpat, takabbur, dusta, saksi palsu, khianat, suka mempertahankan pendapat sendiri, tamak, pemarah, bacul, malas dll.

Tanggapan Terhadap Penyakit:
Penyakit bukanlah musuh, tetapi satu kejadian, satu mekanisma badan yang bertugas membersih, mencuci dan mengimbangi diri kita dalam bidang jasmani, emosi, mental dan kejiwaan. Demam, selesema dan lainnya membersihkan badan kita daripada bahan-bahan yang meracuni  badan kita. Perubatan konvensional cuba menghilangkan simtom penyakit. Sebenarnya tiada herba, makanan, bahan atau peraturan yang boleh bekerja dengan sendirinya untuk menyembuhkan. Ia hanya membantu badan dalam proses penyembuhan. Yang menyembuhkan ialah Allah. Jika anda luka, bukan jahitan, atau balutan atau iodin yang menyembuhkan tetapi kulit itu sendiri melakukan keajaiban itu dengan izin Allah.

Perut itu rumah penyakit
Bermaksud penyakit timbul akibat dari proses penghadhaman tidak seimbang. Diet (puasa) adalah ubat utama bererti kita hendaklah menggunakan makanan itu sendiri untuk mengimbangi semula dan membina semula proses penghadhaman itu. Makanan digunakan sebagai alat untuk membawa formula penyembuhan yang tertentu - penyembuhan harba dan penyembuhan bukan fizikal - pada jasad. walau bagaimanapun ada juga yang perlu kepada pembedahan.

Hadis-Hadis Bukhari
Dari Aisyah katanya Rasulullah bersabda `setiap kali orang Islam mendapat malapetaka, Allah mengampuni dosanya kerana malapetaka itu walau hanya tercocok duri.`

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda `bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah ada ubatnya yang juga diturunkanNya.`

Dari Ibnu Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda ` penyembuhan dengan tiga cara, berbekam,  minum madu dan panas dengan api (besi panas), tetapi aku melarang umatku meggunakan besi panas`.

No comments:

Post a Comment