Pages

Monday, October 25, 2010

Pengantin Tak Solat?

Singgah di masjid
Mutaakhir ini banyak kedapatan para pengantin singgah di masjid sebelum melangkah ke rumah pasangannya. Semalam, selepas shoping di `Terus Maju`Temerloh, saya ke masjid terdekat di Paya Luas untuk solat zohor. Dari jauh saya nampak banyak kereta di pekarangan masjid. Apabila sampai, nampaklah pengantin bertanjak sedang di makeup di beranda masjid. Ketika itu juga azan dikumandangkan. saya berwuduk dan masuk ke masjid. Pengantin pula diiringi oleh sanak saudara masuk ke kereta menuju rumah pasangannya.

Cari jalan
Pemandangan begini sudah banyak saya temui. Selepas solat saya termenung memikirkannya. kenapa tak solat dulu, lepas tu pergilah kerumah kenduri. apa salahnya, apa cacatnya, apa celanya. Marilah kita fikir bersama mencari jalan bagaimana nak buat supaya semua orang dapat solat berjamaah, sama ada pengantin lelaki, para tetamu jemputan, pekerja kenduri, tuan rumah dan semua orang yang terlibat boleh sama-sama mengerjakan solat berjamaah tanpa menjejaskan majlis kenduri dan program pernikahan.

Alternatif
Biasanya kenduri bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir 4.00 petang. Masa ini melibatkan waktu zohor. Di tempat saya sendiri, Taman Temerloh Jaya pun begitu. Semasa azan zohor berkumandang, para tetamu berpusu-pusu datang ke rumah kenduri (bukan berpusu ke masjid), menjadikan orang yang hendak ke masjidpun rasa segan, seolah-olahnya alim sangat, warak sangat. Setelah lama merenung, timbul fikiran, apa kata kalau kita ubah masa jamuan, masa kenduri. Kita awalkan sedikit. Kita mula pukul 10.00 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari. Lepas tu kita bolehlah pergi solat beramai-ramai. Para jemputan pergi, pengantin pun pergi. Tuan rumah pergi, para pekerja (rewang) pun pergi. Saya fikir cara  ini tidak mencacatkan sesiapa. 

Dalih
Bagi mereka yang tidak mahu solat berjamaah, dia akan mengemukakan berbagai dalih atau alasan bagi menolak cadangan ini. Tak kesahlah. Tapi, mari kita fikirkan jalan bagaimana nak laksanakan sunah nabi solat berjamaah ini, bukan fikir cara untuk menggagalkannya. selama ini memang dah gagal. Sekarang kita fikirkan cara nak laksana. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Musim Cuti
Tak lama lagi cuti sekolah, banyaklah majlis kenduri kahwin. Masjid Taman  Temerloh Jaya pun dah banyak menerima tempahan daripada pasangan yang hendak melangsungkan majlis akad nikah di masjid. Elok sangatlah tu, kita mulakan ikatan perkahwinan di masjid, di rumah Allah. Mohon restu agar perkahwinan ini diberkati. Tapi janganlah tak solat. Kenalah pengantin, pengiring dan semua yang hadir solat. Kalau tak bertembung dengan waktu solat fardhu, sekurang-kurangnya solatlah tahiyyatul masjid dua rokaat. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan Allah pilih saya dan tuan-tuan solat berjamaah di masjid lima kali sehari, tiap-tiap hari dan tiap-tiap waktu sehingga kita mati. Amin.

Thursday, October 21, 2010

Seni bersalam

                                           ikan pun nak salam juga

kucing pulak salam  macam ni....

                                                




                                                                 

Bersalam/berjabat tangan atau handshake merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun ada berbagai-bagai cara orang melakukan amalan bersalaman. Yang terbaik adalah dengan menggenggam erat sambil mata bertentang mata. Akan tetapi ada juga orang bersalaman sambil muka berpaling ke lain atau memandang ke arah lain. Ada orang bersalam tanpa menggenggam tangan - ada yang cuma bersentuhan hujung jari sahaja, ada yang menggenggam  longgar, ada yang erat dan berbagai lagi. Semua aksi ini boleh ditafsirkan dari segi psikologinya seperti ikhlas atau tidak ikhlas, hambar atau bersungguh-sungguh, sambil lewa, tidak perduli, tidak hormat, salam politik, salam dakwah, salam saudara dan sebagainya. kerana itu ketika kita bersalam, ingatlah apa maksud salam kita itu.

Nasihat dan panduan bersalam :

1.genggamlah erat tangan ketika bersalam. Ini menunjukkan kesungguhan, minat dan prihatin terhadap orang lain.
2. pandang mata ketika bersalaman, sekurang-kurangnya dua saat. Ini menunjukkan keikhlasan. Tidak memandang mata menunjukkan sikap tidak perduli, tidak penting, atau bersalam kerana terpaksa atau sekadar ambil hati dan adat.
3. Jangan keterlaluan.
4.Niatkan bersalam untuk membina hubungan baik dan mengikut sunnah.
5.Perhatikan masalah orang lain seperti tangannya sakit atau cacat dan sebagainya dan jangan genggaman kita menyebabkan dia sakit. Menggenggam erat tangan orang yang memakai cincin mungkin menyakitkannya, kerana itu perlulah berhati-hati.
6. Jangan bersalaman dengan orang yang berlainan jantina kecuali suami isteri atau mahram. Nabi tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ajnabi.

Tuesday, October 19, 2010

hampir mati

Kemalangan

Saya sedar suatu masa saya akan mati, cuma tak tahu bila masanya. Apabila saya kemalangan, kereta termasuk gaung di Felda Melati dan paha saya patah, saya terasa kematian sudah sangat hampir. Saya tak boleh keluar dari kereta yang terbalik itu sehinggalah bantuan sampai. Semasa terbaring menunggu ambulan, saya bertanya, pukul berapa, saya diberitahu pukul 7 petang. Saya bimbang tak dapat solat. Saya dibawa ke hospital Muazam dan di Xray. doktor maklumkan paha saya patah dan terpaksa di hantar ke hospital kuantan. Sementara menunggu, saya solat maghrib dan isyak secara jamak dan qasar.

Di wad.
Saya dimasukkan ke wad di hospital Kuantan. Doktor memaklumkan, saya akan dibedah dan ditampal plate besi bagi menyambung tulang yang patah. Oleh kerana pesakit sangat ramai, saya terpaksa menunggu giliran selama sepuluh hari. Saya tidak boleh bergerak dari katil. Untuk buang air besar dan kecil, berwuduk atau mandi (lap saja) semua dilakukan di atas katil dengan bantuan isteri.

Solat
Saya minta anak bawakan buku Yusuf Qardhawi dan Syed Sabiq, nak tahu cara solat orang sakit. Saya solat secara jamak dan kasar, berwuduk guna sprey. Saya tak nampak pesakit-pesakit lain solat, kecuali jiran sebelah katil  dari Kubang Buaya (ipar cikgu Ramli Durian Tawar). Saya fikir mereka tak takut mati atau tak takut neraka. Atau tiada siapa memperingatkan mereka. Malah orang yang menunggu, ada yang bergelak ketawa macam pesta. Ada pesakit yang menyanyi. Ada yang berziarah waktu jumaat. Tiada suasana insaf atau keagamaan di hospital.

Bedah 
Saya akan dibedah hari isnin. Malam itu mulalah saya berpuasa dan diambil darah serta menandatangani surat bedah dan bius. Doktor bius beritahu risiko bius adalah lumpuh. Pembedahan memakan masa selama 7 jam dari pukul 12.00 tengahari hingga 7 malam. Semasa ditolak ke bilik bedah saya membayangkan saya sedang diusung ke tanah kubur. Saat itu saya merasakan sangat  hampir dengan kematian dan sangat hampir dengan Tuhan. Di situlah penyerahan diri yang sebenar-benarnya kepada Tuhan. Sebelum dibius saya ditalkinkan oleh doktor...saya beristighfar dan mengucap. Terasa suasana menghadapi kematian. Selepas pembedahan saya rasa sangat lemah. Saya minta anak  bacakan surah yasin. Saya nak dengar bacaan Quran.

Balik ke rumah
Hari rabu doktor benarkan saya balik. Sebelum keluar saya diajar menggunakan tongkat (frame)dan diberi surat cuti selama dua minggu. Saya sangat lemah, nak angkat tongkat pun tak daya. Petang itu balik ke rumah di temerloh. Solat Maghrib dan Isyak dalam kereta secara jamak dan qasar. Ya Allah, aku mohon kepadamu supaya aku dapat menunaikan solat berjamaah di masjid atau surau sehinggalah aku mati. Amin.




Monday, October 18, 2010

Penyakit:

Penyakit Batin:
Nifaq, hasad, dendam, riyak, keluh kesah, lemah jiwa, Berprasangka buruk, cinta dunia, bangga diri, sukakan penghormatan, suka dipuji.dll.

Penyakit zahir (hasil dari penyakit batin):
Bakhil, suka mengumpat, takabbur, dusta, saksi palsu, khianat, suka mempertahankan pendapat sendiri, tamak, pemarah, bacul, malas dll.

Tanggapan Terhadap Penyakit:
Penyakit bukanlah musuh, tetapi satu kejadian, satu mekanisma badan yang bertugas membersih, mencuci dan mengimbangi diri kita dalam bidang jasmani, emosi, mental dan kejiwaan. Demam, selesema dan lainnya membersihkan badan kita daripada bahan-bahan yang meracuni  badan kita. Perubatan konvensional cuba menghilangkan simtom penyakit. Sebenarnya tiada herba, makanan, bahan atau peraturan yang boleh bekerja dengan sendirinya untuk menyembuhkan. Ia hanya membantu badan dalam proses penyembuhan. Yang menyembuhkan ialah Allah. Jika anda luka, bukan jahitan, atau balutan atau iodin yang menyembuhkan tetapi kulit itu sendiri melakukan keajaiban itu dengan izin Allah.

Perut itu rumah penyakit
Bermaksud penyakit timbul akibat dari proses penghadhaman tidak seimbang. Diet (puasa) adalah ubat utama bererti kita hendaklah menggunakan makanan itu sendiri untuk mengimbangi semula dan membina semula proses penghadhaman itu. Makanan digunakan sebagai alat untuk membawa formula penyembuhan yang tertentu - penyembuhan harba dan penyembuhan bukan fizikal - pada jasad. walau bagaimanapun ada juga yang perlu kepada pembedahan.

Hadis-Hadis Bukhari
Dari Aisyah katanya Rasulullah bersabda `setiap kali orang Islam mendapat malapetaka, Allah mengampuni dosanya kerana malapetaka itu walau hanya tercocok duri.`

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda `bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah ada ubatnya yang juga diturunkanNya.`

Dari Ibnu Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda ` penyembuhan dengan tiga cara, berbekam,  minum madu dan panas dengan api (besi panas), tetapi aku melarang umatku meggunakan besi panas`.

Sunday, October 17, 2010

Fathi Yakan

Cabaran yang perlu dihadapi: 1. Nafsu yang menggoda, 2. Syaitan yang menyesatkan. 3. Orang kafir yang memusuhi. 4. Orang munafiq. 5. Orang Islam yang dengki
Untuk mencapai iman kita perlulah:
1. Sentiasa beribadat. 2. Sentiasa bertaubat. 3. Sentiasa mempelajari ayat-ayat Allah. 4. Sentiasa melaksanakan amar ma^ruf nahi munkar. 5. Sentiasa memelihara hukum Allah.
Bekalan:
1. Selalu berpuasa
2. Solat Tahajjud.
3. Tunaikan haji .
4. Bersedekah.
5. Menuturkan kebenaran

Lawatan ke Perpustakaan SMK Temerloh Jaya

                                                                    

      Kaunter Pinjaman


       Rak Majalah



                                                          

Nida'ul Islam

Allah berfirman: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan" Az Zumar:67

bot parking satu petang di bandar di raja Pekan pahang