Pages

Monday, December 27, 2010

MAJLIS PENUTUPAN KEM HAFAZAN & IBADAH HARIAN 2010

Ibu Bapa yang hadir
Kem Hafazan dan Ibadah Harian yang dihadiri Ansar tamat pada 12.12.2010. Gambar2 sekitar majlis Penutup Kem.





Ansar Bernasyid

Ansar & kawan2
Semoga semua yang baik dapat dipraktikkan, dan yang buruk dapat dijauhkan..

Thursday, December 16, 2010

doa tahun baru




bila masuk satu muharam, masjid dan surau buat upacara baca doa akhir dan awal tahun...saya cari juga sumber dalam hadis bukhari dan muslim, tapi tak jumpa... seorang ustaz beritahu, sumbernya dari  `majmuussyarif` ... memang dalam tu ada tertera doa akhir dan awal tahun, cuma tak dinyatakan sumbernya. dan yg lebih anehnya nama penyusun bukupun tak da... (musannif). Biasanya dalam disiplin Islam, perkara  `rawi` sangat dititikberatkan, nama penyusun buku, sumber ambilan semuanya diambil kira, jika org yg tak thiqah, riwayatnya tak diterima...itu islam, malayu lain, semua boleh,,, raya  kongsi. krismas  nak raya juga, tokoh maal hijrah pun boleh tahan juga... melayu oh melayu...

Saturday, December 11, 2010

Ziarah Orang Sakit


Pagi tadi Ajk masjid beri tahu saya, Ustaz Abdul Rahim masuk wad hospital temerloh. Lepas Zohor tadi kami pergi menziarahi beliau di wad kenanga 12 katil 16 tingkat 7. Kami sampai ustaz sedang sembahyang. Itulah kami nampak orang sakit di hospital sembahyang. ustaz mengadu lemah badan. doktor kata jantung ada masalah. Kami berbual mengenai penyakit, kematian serta ibadat orang sakit. AJK muslimat masjid tj merancang nak buat lawatan ke hospital untuk sebar risalah cara solat orang sakit di samping buat demo cara wuduk dan solat orang sakit.


Thursday, December 2, 2010

Kem Hafazan dan Ibadah Harian

Sempena cuti sekolah ini, saya hantar anak saya Ansar ke Kem Hafazan dan Ibadah Harian di berhala gantang, Temerloh. Program bermula pada 28nov hingga 12dis. 

Semalam, Selasa, saya pergi menjenguk dia di sana. Ketika kami sampai, peserta2 sedang bersiap untuk ke masjid untuk bersolat Maghrib.. Ada yang masih mandi, ada yang telah bersiap nak pergi masjid dan ada yang masih bermain2. Masing2 membawa beg kem yang berisi kertas2 aktiviti, pinggan dan gelas plastik. Semuanya kelihatan gembira. 

Ni gambar2 sekitar kem tersebut.


Bangunan dewan dan pejabat

Blok asrama lelaki. Tu Ansar (berbaju biru) turun nak ke masjid
"Nanti p sidai baju kat ampaian sane, jangan lupe sepit sekali.."

"Duduk baik2.., belajar rajin2.."





Hampir Maghrib, saya pun balik.. p solat Maghrib di masjid berdekatan..

Budaya wang

musim kenduri kawin dah tiba. lepas makan kenduri, jumpa tuan rumah... salam kaut, maksudnya salam beri duit. saya tak condemn yang memberi dan yang menerima, cuma budaya duit ni yang saya tak berkenan. dah lah kendiri tu banyak ditambah dengan  perkara yang tak perlu...
tuan rumah nak berkenduri... tanda syukur dapat menantu, ajak orang makan, dia dah menyediakan wang, kita hormatilah dia. kalau dia tak mampu, jangan buat. kalau pinjam bank .... dan kerna malu kat orang, tak payah buat, apa tah lagi pinjam dari bank riba.... susah dapat, dosa dapat... kawin belum tentu berkat...

Yang memberi pula, kalau betul nak bersedekah, carilah tempat yang betul-betul memerlukan, bukan beri kpd orang yang buat kenduri berlebih-lebihan dan membazir macam tu, tambah lagi kalau ada benda-benda haram, seperti pendedahan aurat dan tak solat. Nak bersedekah/derma, carilah pusat tahfiz, pelajar agama yang memerlukan, sekolah agama rakyat yang dhoif, program dakwah, kursus ibadah untuk remaja, pembinaan masjid, surau, rumah orang miskin dll. tapi kita beri pada orang yang berbelanja berbelas ribu untuk kenduri...dgn doorgift yang tidak diperlukan, yg kaya,  pembekal...(agaknya org bukan islam).

baliklah ke pangkal jalan, kenduri untuk beri orang makan tanda syukur, bukan kerana orang lain buat, kitapun kena buat...lagi satu bab sembahyang... saya memang tak setuju kenduri waktu zohor... waktu orang azan, itulah masa pengantin tiba, masa tu lah pergi makan kenduri...rosak tujuan hidup. Tuhan cipta kita untuk ibadat...ibadat kita belakangkan, utamakan sukaria, makan-makan, sembang-sembang. itu yg Tuhan sebut dalam surah jumaat...apabila kamu lihat perniagaan atau sesuatu hiburan kamu bergegas pergi kepadanya dan meninggalkan engkau (nabi) berdiri (solat).  (jumaah:11)

Monday, November 29, 2010

Perkhemahan dalam cuti

ansar berkopiah, sebelah kanan
Sabtu lepas, sahabat sy, Ramizul mencadangkan untuk mengumpulkan anak-anak saudaranya dalam satu perkhemahan hujung minggu. Anak saya, Ansar pun diajak join sekali kerana Ansar berkawan dengan anaknya, Syakir.

Program bermula dengan solat maghrib dan memasang khemah. gambar solat tak dapat ambil sebab kami datang dah lewat malam. mereka berjamaah sendiri dengan yang paling besar menjadi imam.

Lepas Isyak mereka buat ayam bakar. Kami datang mereka sedang membakar ayam.
Anak hakim mahkamah syariah pun turut sama. Ramizul kumpulkan anak-anak saudaranya dari jerantut. Anak dia dan saya saja dari temerloh.
ansar memang suka berkhemah. dia bawak dua khemah, besar dan kecik. Lokasi perkhemahan di sebelah rumah ramizul sebab rumahnya corner lot dan lapang.


siap untuk dimakan


ansar n d gang
lepas makan mereka masuk tidur, sebab nanti nak bangun awal untuk qiamullail.



 anak-anak kena diajar buat qiamullail supaya mereka biasa dan tidak janggal. dengan buat program ramai-ramai menjadikan aktiviti itu lebih menyeronokkan.

Lepas subuh mereka dijadualkan berjogging. lepas tu sarapan dan bersurai.

Ahad petang, ansar, izril dan adailami dihantar ke maahad tahfiz al-amin berhala gantang untuk mengikuti kem ibadah yanag dianjurkan oleh maahad tersebut.





 katanya berebut-rebut orang nak join. nasib baik saya dah sms dulu kpd mudir nama-nama tu...cuma syakir anak Ramizul tak dapat ikut serta. bukan main seronok budak-budak tu nak pergi. walaupun namanya kem tapi merka duduk di bangunan asrama (dorm) tiga tingkat. antara aktivitinya ialah belajar al-quran dan amali ibadah.

night inspection
 Disiplin kem ketat. penjaga tak dibenar melawat kecuali selepas enam setengah petang. saya cadang nak datang solat maghrib dan isyak kat masjid berhala gantang sebab budak-budak peserta kem itu akan solat di situ.Perkhemahan tu selama 14 hari dengan bayaran yg sangat minima rm290.00

Saturday, November 27, 2010

Hi tea di awana, genting.

ahad lepas, sekolah lama saya, smk serendah buat hi tea di awana. saya lupa nak ambil gambar, terpaksalah copy dari ummuqayyim punya. halal yek.. :-)

pantun klasik yang dihafal bertahun-tahun dulu:
 daun selasih, ubi kayu,
terima kasih, thank you.

 

terima kasih kpd pengetua dan guru-guru smk serendah yang sudi jemput saya ke hi tea. Beri hadiah pulak tu... balik rumah, saya baca pada sampul surat ... honorarium koperasi 2009-2010, alhamdulillah...bukan ini yang saya impikan, tapi keseronokan, ilmu dan pengalaman guru dan pelajar berniaga itu yang lebih penting. semoga koperasi smk serendah terus maju... jgn lupa bayar zakat. Begitu juga taska, semoga terus maju. amin.

Mandi air panas

kolam air panas dlm bilik kami
Minggu lepas kami sekeluarga ke hulu selangor, anak saudara kawin di Sungai Buaya. Bertolak dari temerloh lepas zohor dan solat asar di genting sempah. kami sengaja lalu ikut Sungai Tua, nak tengok tasik empangan batu.

solat maghrib jamak dgn isyak di masjid bandar baru batang kali. untuk bermalam kami pilih inn di ulu tamu sebab biliknya ada kolam air panas. taukehnya hj Osman, saya kenal masa berkhemah kat situ dulu dengan budak-budak smk serendah. sungguh seronok  berendam air panas tengah malam tu, walaupun airnya berbau belerang.
ini kolam ikan, bukan kolam air panas. banyak ikan talapia. malam tu, anak hj Osman memancing sampai tengah malam. saya tak join sebab nak berendam air panas dalam bilik.

ini pondok rehat ditepi tasik dekat inn.
 
pondok untuk meninjau kawasan persekitaran

paip ni tak boleh tutup. airnya sentiasa keluar...air bukit

pintu antik nak masuk ke cholo-cholo, restoran hj osman bersebelahan dgn inn-nya.


spa dan office hj Osman, sgt tenang dan nyaman.....

lorong ke cholo-cholo



inn tempat kami bermalam - rumah berbentuk minang, mengadap ke tasik


tak berapa nampak, (gelap) kolam air panas dalam bilik kami...

bersiap nak check out


check-out... lepas ni ke sungai buaya pulak.


pulang kunci, letak aja atas meja dalam bilik tu. Hj Osman sibuk di restorannya. kami bersarapan di restoran sepakat batang kali, nasi lemak n roti canai, bila nak bayar, hj osman kata, tak payah,....., bayar sewa bilik saja....

puas juga mencari surau al-ansar jln cempakasari 3 sungai buaya. nasib baik sempat  dengan majlis akad Safuan

surau al-ansar jln cempakasari 3, bandar sg buaya.


sebelum balik, singgah di serendah, tengok sekolah lama.... smk serendah dari belakang.