Pages

Saturday, January 29, 2011

Kursus Bacaan Quran Teknik Al-Baghdadi.

sesi penerangan
 29.1.2011 Sabtu, bertempat di masjid kampung mempatih,lanchang, telah diadakan kursus membaca quran teknik al-baghdadi. Ramai juga peserta yang badir. Pendaftaran RM50.00 dibekalkan dua buku dan satu alat ketuk. Ia lebih kepada pengulangan dan menggunakan permainan bagi mengekalkan fokus. Lain-lain, saya lihat macam kaedah iqrak juga di mana murid tidak menyebut nama huruf dan jenis barisnya, langsung menyebut perkataan. Saya fikir ini variasi kepada kaedah iqrak. Dan saya tak nampak apa rasionalnya dinamakan baghdadi... adakah berasal dari baghdad iraq dan sadam husin.
para peserta perempuan

peserta lelaki




masjid kampung mempatih, lanchang, pahang.


benchmarking ke smk inderapura Jerantut & smk ppp TR

 Pengetua-pengetua sm temerloh buat lawatan benchmarking ke jerantut. Memang patut pergi tengok sekolah orang yang cantik dan ceria... bolehlah kita tiru atau buat lagi baik. tidaklah macam katak bawah tempurung.
baru sampai








galeri








sungai pahang dari dalam bas semasa atas jambatan






pokok kacang atau arachis pintoi

Sunday, January 23, 2011

Masjid-masjid sekitar Pekan

masjid tanah putih...sebelum sampai pekan
sabtu baru ni, kami ke Pekan lagi, ziarah anak di Kuliah. Dalam perjalanan, kami singgah di masjid baru tepi jalan. Tapi tak ingat nama apa masjid tu. Kami tak solat di sini, sebab awal lagi. (dua minggu kemudian, saya tengok balik... masjid tanah putih rupanya)












Bertolak dari sini kami terus ke masjid padang polo. Sampai, muazin sedang mengumandangkan azan.

masjid padang polo pekan.

Kami solat zohor dan asar di sini secara jamak dan qasar. Cantik juga masjid ni, tapi kebetulan pada hari itu imamnya tak datang. Terpaksa bilal jadi imam. semasa balik, kami lalu depan masjid baru pekan, tapi kali ini kami tak berhenti di situ. minggu lepas dah solat di situ.


masjid padang polo pekan.

Sunday, January 16, 2011

Solat jamak di Masjid Baru Pekan, Pahang






masjid baru pekan.
Pagi tadi Kami ke Pekan  tengok anak di Kulliyah Sultan Abu Bakar,  dia masuk Tingkatan 6 STAM. Nasib baik juga dapat masuk, kalau tidak kena teruskan PLKN. Dapat lah juga seminggu di kem Jengka 6. Saya nasihat dia supaya terus dalam aliran agama dan ambil stam. Sekarang sudah ramai ibu bapa yang mahukan anak-anaknya sekolah agama. kalau di temerloh, sekolah khairiah menjadi pilihan, di kuantan, al-ihsan, di jengka, maaahad, di Lipis, padang tengku. Yang mohon tahfiz pahang pun ramai, cuma tempat terhad.

Sampai waktu zohor kami singgah di masjid baru Pekan (dekat jambatan) untuk solat  zohor dan asar secara jamak dan qasar. Cantik masjidnya. Cuma tidak tahu ada atau tidak ahli jemaah yang sembahyang di sini. Sebenarnya, Nabi saw sentiasa sembahyang fardhu berjemaah samaada di masjid atau dalam perjalanan.

Orang Melayu memandang ringan sunah ini menyebabkan masjid dan surau kosong, tidak dipedulikan. Saya menyeru diri saya dan sesiapa yang ingin mengikut sunah Nabi supaya sembahyang fardhu berjemaah di masjid dan surau sampai kita mati.

 Orang selalu berbincang siapa ahli sunnah, siapa bukan, tahlil sunnah ke bukan. Tapi mereka lupa bahawa sebenarnya siapa yang ikut apa yang nabi buat, itulah ahli sunnah. yang tak ikut, bukan ahli sunnah. Contohnya solat. Yang tak solat, bukan ahli sunnah. Yang pinjam bank riba bukan ahli sunnah dll. Wallahu a`lam.