KOTA BANDUNG, INDONESIA.
Pertengahan tahun 2008 Rita Rahayu mendapat tugas membuat penyelidikan mengenai kualiti udara di kota Bandung. Dia merasa kurang selesa dengan tugas itu kerana terpaksa bekerja di luar pejabat siang dan malam. Dia menjalankan tugas dengan perasaan yang berat...Jam menunjukkan pukul 11.00 malam dan matanya mula mengantuk. Udara kota Bandung yang dingin membuat dia ingin pulang ke rumah dan tidur. Dia memeriksa jangkasuhu dan mendapati suhu malam itu 17 ◦c. Rasa dingin, mengantuk dan penat bercampur menjadi satu. Dia merasa kesal ditugaskan di situ sedangkan orang lain boleh tidur nyenyak di rumah.
masjid bandung dgn 2 menara 90m. |
Beberapa ketika kemudian dia melihat ada seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 50an tahun dengan pakaian seragam majlis perbandaran menyapu jalan. Dia melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 2.30 pagi. Pertama kali dia melihat ada orang bekerja seawal pagi begini. Pakcik itu menyapu dan membersihkan sampah di bahu-bahu jalan dengan bersungguh-sungguh tanpa perasaan jijik. Dia tertarik untuk menghampiri dan mengajak pakcik itu berbual. Sambil membantunya memungut sampah dia mula bertanya aktiviti pakcik itu setiap hari. `Pakcik tidur selepas isyak. Pakcik itu memulakan cerita. Bangun jam 1.00 pagi dan sempat untuk qiamullail. Selepas itu baru bersiap untuk bekerja. Selesai menyapu dan membuang sampah kira-kira jam 4.00 pagi. Alhamdulillah pakcik solat subuh berjamaah di masjid. Selepas solat, pakcik membantu isteri membuat kueh untuk jualan sebelah petang. Dengan kerja rutin begini, alhamdulillah badan pakcik sihat dan tidak pernah sakit`.
Ketika ditanya tentang pendapatannya, pakcik hanya menjawab, `Alhamdulillah, rezekinya sentiasa ada. Kalau soal cukup, gaji kurang dari RM100.00 sebulan memang tidak cukup, tambahan lagi anak pakcik masih belajar di madrasah thanawiah, pakcik terus berusaha dan yang penting adalah berkat.
Tanpa disedari, orang yang bertanya mula menangis dan merasa malu sendiri. Pakcik itu hidup begitu sederhana dengan penuh kesyukuran dan tanpa mengeluh.
(Dipetik dari: Syed Alwi Alatas: (2010) BILA ALLAH MENDUGA KITA, mustread sdn bhd. Kuala Lumpur.)
sangat memberi motivasi.
ReplyDelete