Jalan menghala ke gunung senyum |
Pertama kali saya sampai kepuncak gunung senyum dalam tahun 1970 dengan melalui denai dan belukar. Leadernya Pakwa Khalid (sekarang imam masjid Telok Sabak) dan guidenya Mohd Nasir. Semasa aktif dengan belia, kami selalu berkhemah di gunung ini dan di gua kota gelanggi. Pok Him (Ibrahim Jenderak Utara) jadi tukang masak. Lan Kg Angut tukang azan. Bergema gua itu oleh suara azannya. Kami jumpa orang bertapa memuja nombor ekor di gua terang bulan.
Selepas mendapati Bukit Rengit tak dapat menampung jumlah murid lebih dari 100, kami (saya dan cikgu suhaimi) pergi ke gunung senyum (15.2.2011) Di sini boleh menampung lebih ramai peserta dan bebas boleh memasak sendiri. cuma masalah pengangkutan saja yang agak jauh. Kemudahan di sini cukup. ada bilik air, dewan, surau, dorm, tempat memasak, tapak khemah, chalet dll. Rumah Pahang hadiah `Yee' masih kelihatan utuh. Rumah itu asalnya kepunyaan aki dia, Tok Setia, dihadiahkan untuk diabadikan di kawasan gunung itu. Saya tak daya nak jalan-jalan ambil gambar (sejak jadi oku ni).
antara gua yang kelihatan |
No comments:
Post a Comment