musim kenduri kawin dah tiba. lepas makan kenduri, jumpa tuan rumah... salam kaut, maksudnya salam beri duit. saya tak condemn yang memberi dan yang menerima, cuma budaya duit ni yang saya tak berkenan. dah lah kendiri tu banyak ditambah dengan perkara yang tak perlu...
tuan rumah nak berkenduri... tanda syukur dapat menantu, ajak orang makan, dia dah menyediakan wang, kita hormatilah dia. kalau dia tak mampu, jangan buat. kalau pinjam bank .... dan kerna malu kat orang, tak payah buat, apa tah lagi pinjam dari bank riba.... susah dapat, dosa dapat... kawin belum tentu berkat...
Yang memberi pula, kalau betul nak bersedekah, carilah tempat yang betul-betul memerlukan, bukan beri kpd orang yang buat kenduri berlebih-lebihan dan membazir macam tu, tambah lagi kalau ada benda-benda haram, seperti pendedahan aurat dan tak solat. Nak bersedekah/derma, carilah pusat tahfiz, pelajar agama yang memerlukan, sekolah agama rakyat yang dhoif, program dakwah, kursus ibadah untuk remaja, pembinaan masjid, surau, rumah orang miskin dll. tapi kita beri pada orang yang berbelanja berbelas ribu untuk kenduri...dgn doorgift yang tidak diperlukan, yg kaya, pembekal...(agaknya org bukan islam).
baliklah ke pangkal jalan, kenduri untuk beri orang makan tanda syukur, bukan kerana orang lain buat, kitapun kena buat...lagi satu bab sembahyang... saya memang tak setuju kenduri waktu zohor... waktu orang azan, itulah masa pengantin tiba, masa tu lah pergi makan kenduri...rosak tujuan hidup. Tuhan cipta kita untuk ibadat...ibadat kita belakangkan, utamakan sukaria, makan-makan, sembang-sembang. itu yg Tuhan sebut dalam surah jumaat...apabila kamu lihat perniagaan atau sesuatu hiburan kamu bergegas pergi kepadanya dan meninggalkan engkau (nabi) berdiri (solat). (jumaah:11)
No comments:
Post a Comment