Kepalsuan Teori Evolusi Atau Teori Kebetulan.
Alam maya ini adalah ciptaan Allah SWT. Ia bukan wujud secara semulajadi sebagaimana yang selalu dinyatakan, sebaliknya ia dijadikan atau diciptakan. Allah mencipta alam ini dan merekabentuknya sehingga ke perincian yang paling halus. Mustahil sama sekali bagi fahaman teori evolusi yang mengatakan hidupan ini terjadi sendiri secara kebetulan (coincidence). Dapatan saintifik sendiri mendapati teori ini adalah tidak benar.
Teori Evolusi adalah Tidak Benar dan Bercanggah dengan Islam.
Teori palsu ini ditulis oleh Charles Darwin dalam bukunya ‘Origin of Species’ pada tahun 1859. Ia menafikan makhluk di bumi ini diciptakan secara berasingan. Teori ini sangat digemari sehingga diajar di sekolah-sekolah walaupun ia bertentangan dengan teori saintifik. Teori Darwin bertentangan dengan sains sekurang-kurangnya dalam tiga aspek:
i. Teori ini gagal sama sekali dalam menerangkan bagaiman bermulanya kehidupan di bumi.
ii. Tiada dapatan saintifik yang boleh menunjukkan yang mekanisma revolusi mampu berkembang dan berubah sebagaimana yang didakwa oleh teori ini.
iii. Rekod-rekod fosil membuktikan kepalsuan teori ini kerana dapatannya menunjukkan sebaliknya.
Teori yang tidak saintifik ini menyarankan bahawa kehidupan ini berasal daripada satu sel hidup di bumi primitif 3.8billion tahun yang lalu. Tetapi ia gagal menjelaskan bagaimana sel pertama itu wujud. Teori ini menolak Tuhan dan penciptaan dalam kejadian makhluk. Darwin bertahan dengan pendapat bahawa sel pertama itu terjadi secara kebetulan melalui undang-undang semulajadi tanpa pelan susunatur dan rekabentuk yang sistematik. Darwin gagal untuk menjawab bagaimana undang-undang semulajadi itu wujud. Baginya, segala yang tidak bernyawa melahirkan sel hidup secara kebetulan.
Dapatan Louis Pasteur (1864) membuktikan Darwin tidak benar. Hal ini dinyatakannya dalam ucapannya di Universiti Sorbonne, Perancis pada tahun 1864. Pengikut Darwin cuba membuktikan teori mereka, antaranya, Stanley Miller (1953) membuat ujikaji tetapi dapatannya gagal dan begitu juga Jeffrey Bada (1998). Neo-Darwinism pula menimbulkan teori mutasi bagi menyokong teori evolusi. Walaubagaimanapun, dapatan saintifik mengatakan mutasi tidak membawa kepada perkembangan benda hidup sebaliknya, merosakkannya. Penemuan DNA pula sama sekali menolak teori kebetulan (evolusi). Rekod penemuan fosil pula tiada membuktikan bahawa evolusi telah berlaku.
Hikayat evolusi manusia yang bermula daripada makhluk berupa monyet tidak ada bukti sama sekali. Fosil Australopithecus atau South African Ape sebenarnya adalah monyet yang tiada kaitan dengan manusia (Lord Solly Zulkerman & Prof Charles Oxnard, 1970). Daripada keterangan di atas, nyatalah bahawa teori asal usul manusia adalah satu dongeng yang dianggap saintifik. Ia tidak saintifik sama sekali kerana tiada satupun ujian saintifik yang menyokong dan mengesahkan dongengan itu.
No comments:
Post a Comment