Pages

Tuesday, May 17, 2011

hari guru smk datuk bahaman

dimulakan dengan bacaan quran dan terjemahan - surah ar-rahman

sajak bahasa arab
 persembahan dimulakan dengan bacaan quran
persembahan pandu putri, palestin oh palestin




rumplestilskin






cikgu amar sedang berNAZAM

silat garong

sekolah kebangsaan batu sawar

 tahun 1962 saya masuk ke sekolah ini sebagai murid darjah satu. Guru kelas dan merangkap guru besarnya ialah cikgu abdul razak mahusin dari chenor. kawan sekelas antaranya nazri arif, nazri sidek, mat pasir, bin bengik, mat saari,  khalid seman, yah telok sabak, foziah jonggok, ne, dan koi. masa rehat main perang tembak-tembak, mandi sungai pahang, main gasing dll. (sbb takde kantin). berus gigi dengan daun lalang. ustaznya, arwah ustaz hashim.

bangunan baru sk batu sawar

masjid baru batu sawar- berhampiran sekolah

berkhemah di gunung senyum

di ruang memasak
 6,7, dan 8 mei, pasukan pakaian seragam skm Datuk Bahaman berkhemah di Gunung Senyum, 160 pelajar terlibat dan semua guru mengambil bahagian.


khemah

majlis penutup

khemah-khemah

perbarisan penutup

Monday, May 16, 2011

masjid batu 8 Kuantan.


masjid jamek batu lapan, kuantan

menunggang kuda di pekan
berpuluh tahun saya berulang alik ke kuantan, tak pernah saya singgah di masjid ini. Pada minggu lepas 7.5.2011 saya sengaja singgah di sini untuk solat zohor dan asar (jamak dan kasar). masjid ini kelihatan uzur dan buruk. tandasnya sangat kotor. persekitarannya seperti terbiar, tetapi ada sekolah agama rakyat di depannya. kasihan orang islam, usahkan nak bebaskan palestin dan aqsa, masjid sendiripun tak terjaga. mungkin kandang kuda lagi cantik.

Saturday, May 14, 2011

KUIS

Berhenti makan di wakaf tepi tasik
 Kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor
tasik di hadapan kuis
makan tengahari di tepi tasik

Hari ini (sabtu 14.5.2011) kami ke kuis di bangi. ramai penjaga menghantar anak masing-masing ke asrama. sesi pengajian baru bermula.


kafetaria di tepi tasik

di pintu masuk

pintu gerbang

air terjun mini di belakang `paya serai'

Friday, May 6, 2011

Hijrah

Hijrah merupakan fenomena biasa kepada manusia. Nabi Adam berhijrah dari syurga ke dunia,Nabi Ibrahim berhijrah dari Iraq ke palestin, Nabi Ismail dari Palestin ke Mekah, Nabi Musa berhijrah dari Mesir ke Sinai, dan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.


Bumi utara Kanada dan Alaska membeku sepanjang tahun kecuali pada musim panas. Dalam musim panas, matahari di sana tidak pernah terbenam. keadaan ini menyebabkan salji cair dan mewujudkan banyak lopak-lopak air dan menetasnya jutaan nyamuk. Juga di sana cambah tumbuhan renek yang mengeluarkan bunga yang beraneka warna. Dalam musim ini ribuan malah jutaan burung datang berterbangan dari selatan. Itik dan angsa bermandi-manda di kolam sementara kedidi dan undan meranduk air sepanjang pantai. Burung itu membina sarang dan bertelur.

Tak lama kemudian ribuan anak burung telah lahir dan memakan serangga dan hidupan yang ditemui di sana. Kedidi emas adalah antara burung yang paling menarik yang menghabiskan masa musim panas jauh di utara. Ia terbang beribu-ribu kilometer dari tempat tinggalnya di lembah-lembah berpaya di Brazil dan Argentina yang sedang mengalami musim sejuk. Burung-burung ini terbang ke utara menyusuri banjaran Andes dan Amerika Tengah menyeberangi teluk Mexico, lembah Misisissippi, Kanada menuju ke pantai berpaya di lautan Artik.

Mereka  tinggal di sana beberapa minggu, membuat sarang dan menetaskan anak-anak. Sebaik saja anak-anak burung itu besar, mereka akan terbang balik ke selatan tetapi anehnya mereka tidak menggunakan laluan yang digunakan semasa datang. Mereka terbang ke selatan arah Labrador dan berhenti di sana mencari makan sehingga kenyang. Lalu mereka meneruskan pengembaraan ke selatan melalui lautan Atlantik tanpa rehat, tanpa makan dan minum. Mereka terbang sejauh 3840 km sehingga sampai ke rumah musim sejuk mereka di Brazil dan Argentina. Apabila musim sejuk berakhir, pengembaraan ini mereka ulangi melalui jalan yang sama seperti sebelumnya.     





Monday, May 2, 2011

dunia yang rencham

berseminar
 Isnin 25.4.2011 menghadiri seminar koperasi di swiss garden sungai karang kuantan.












semasa lalu di tepi sungai kuantan

28.4.2011 melintasi jejambat ke pwtc - pesta buku.

tengahari 28.4.2011 singgah di perpustakaan negara
 28.4.2011 ke pesta buku kL




tengahari 28.4.2011 mengunjungi perpustakaan negara KL.