Pages

Friday, May 6, 2011

Hijrah

Hijrah merupakan fenomena biasa kepada manusia. Nabi Adam berhijrah dari syurga ke dunia,Nabi Ibrahim berhijrah dari Iraq ke palestin, Nabi Ismail dari Palestin ke Mekah, Nabi Musa berhijrah dari Mesir ke Sinai, dan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.


Bumi utara Kanada dan Alaska membeku sepanjang tahun kecuali pada musim panas. Dalam musim panas, matahari di sana tidak pernah terbenam. keadaan ini menyebabkan salji cair dan mewujudkan banyak lopak-lopak air dan menetasnya jutaan nyamuk. Juga di sana cambah tumbuhan renek yang mengeluarkan bunga yang beraneka warna. Dalam musim ini ribuan malah jutaan burung datang berterbangan dari selatan. Itik dan angsa bermandi-manda di kolam sementara kedidi dan undan meranduk air sepanjang pantai. Burung itu membina sarang dan bertelur.

Tak lama kemudian ribuan anak burung telah lahir dan memakan serangga dan hidupan yang ditemui di sana. Kedidi emas adalah antara burung yang paling menarik yang menghabiskan masa musim panas jauh di utara. Ia terbang beribu-ribu kilometer dari tempat tinggalnya di lembah-lembah berpaya di Brazil dan Argentina yang sedang mengalami musim sejuk. Burung-burung ini terbang ke utara menyusuri banjaran Andes dan Amerika Tengah menyeberangi teluk Mexico, lembah Misisissippi, Kanada menuju ke pantai berpaya di lautan Artik.

Mereka  tinggal di sana beberapa minggu, membuat sarang dan menetaskan anak-anak. Sebaik saja anak-anak burung itu besar, mereka akan terbang balik ke selatan tetapi anehnya mereka tidak menggunakan laluan yang digunakan semasa datang. Mereka terbang ke selatan arah Labrador dan berhenti di sana mencari makan sehingga kenyang. Lalu mereka meneruskan pengembaraan ke selatan melalui lautan Atlantik tanpa rehat, tanpa makan dan minum. Mereka terbang sejauh 3840 km sehingga sampai ke rumah musim sejuk mereka di Brazil dan Argentina. Apabila musim sejuk berakhir, pengembaraan ini mereka ulangi melalui jalan yang sama seperti sebelumnya.     





No comments:

Post a Comment