![]() |
masjid baru pekan. |
Pagi tadi Kami ke Pekan tengok anak di Kulliyah Sultan Abu Bakar, dia masuk Tingkatan 6 STAM. Nasib baik juga dapat masuk, kalau tidak kena teruskan PLKN. Dapat lah juga seminggu di kem Jengka 6. Saya nasihat dia supaya terus dalam aliran agama dan ambil stam. Sekarang sudah ramai ibu bapa yang mahukan anak-anaknya sekolah agama. kalau di temerloh, sekolah khairiah menjadi pilihan, di kuantan, al-ihsan, di jengka, maaahad, di Lipis, padang tengku. Yang mohon tahfiz pahang pun ramai, cuma tempat terhad.

Orang Melayu memandang ringan sunah ini menyebabkan masjid dan surau kosong, tidak dipedulikan. Saya menyeru diri saya dan sesiapa yang ingin mengikut sunah Nabi supaya sembahyang fardhu berjemaah di masjid dan surau sampai kita mati.
Orang selalu berbincang siapa ahli sunnah, siapa bukan, tahlil sunnah ke bukan. Tapi mereka lupa bahawa sebenarnya siapa yang ikut apa yang nabi buat, itulah ahli sunnah. yang tak ikut, bukan ahli sunnah. Contohnya solat. Yang tak solat, bukan ahli sunnah. Yang pinjam bank riba bukan ahli sunnah dll. Wallahu a`lam.

No comments:
Post a Comment