Pages

Friday, April 20, 2012

Keluar 3 hari (Tabligh) di Jakarta

Masjid Istiqlal Jakarta.

Satu jamaah belajar  tabligh dari Temerloh keluar 3 hari di Jakarta. Mereka terdiri dari Pengerusi masjid Taman Temerloh Jaya, Imam masjid Kg Paya Jauh dan Imam masjid Tanjung Besar, Paya Pulai. Dengan menaiki airasia dari LCCT KL mereka sampai di lapangan terbang sukarno hatta (terminal 3) jam dua pagi 11.4.2012. dari airport mereka menaiki teksi dengan bayaran 200,000 rupiah ke markaz tabligh Kebun Jeruk, Jalan Hayam Wuruk, Jakarta. Di sana mereka melapor diri pada petugas istiqbal markaz dan bermalam di situ. Esoknya selepas sarapan, mereka dihantar untuk keluar 3 hari di masjid jamik Darul khairat, Cililitan, Jakarta Timur secara bergabung dengan jamaah yang sedia ada di sana. (Jamaah Kalimantan dan Madura). 

Amir sab jamaah ialah Haji Muhammad dari Kalimantan Tengah dibantu oleh  Mohd Nor dari madura, Saifullah dari Surabaya, Hj Abdul Razak dari Tasik Malaya, Hj Suyono dari Jakarta, Hj Nazir Jakarta dan beberapa karkun lagi termasuk Arif Rahman seorang tukang jahit berhampiran masjid Darul Khairat. Aktiviti tabligh sama seperti di malaysia iaitu bayan subuh, mesyuarat, taklim,  bayan asar, adab jaulah, jaulah (gash), bayan maghrib dan  khususi dakwah. Malam selepas berehat (tidur) ahli jamaah bangun tahajjud dan qiamullail serta membaca Quran sehingga waktu subuh. Selepas sehari di masjid darul khairat, jamaah berpindah ke masjid Nurul Hidayah kg, asam, Jakarta Timur. Setelah dua hari di sana, jamaah malaysia kembali ke markaz kebun jeruk melapor diri untuk pulang ke malaysia. 

Sebelum flight, mereka berkeliling melihat jakarta serta membeli belah. Antara tempat yang mereka ziarah ialah masjid istiqlal, tanah abang, masjid arab dan thamrincity. Ahad malam tanggal 15.4.2012 mereka terbang balik ke malaysia dan selamat sampai di masjid sri petaling jam 4 pagi hari isnin. selepas bayan subuh hari isnin 16.4.2012 mereka bertolak balik ke temerloh dan alhamdulillah selamat sampai di rumah masing-masing jam 12.00 tengahari.


imam masjid Tg Besar dan Pengerusi masjid Temerloh Jaya di Hadapan Masjid Istiqlal Jakarta.
T
markaz tabligh Kebun Jeruk Jakarta.
rumah di hadapan masjid darul khairat cililitan utara.

masjid jamik darul khairat cililitan utara, Jakarta Timur.

rumah di hadapan masjid.


orang berjualan sayur di hadapan rumah kiyai Hj abdul malik.





ruang atas masjid nurul hidayah kg asam jakarta timur.

gang (lorong)

us.Ahmad Zain sedang `jaulah`

masjid nurulhidayah kg asam Jakarta

Hj Nazir beramahmesra dengan tukang jahid di kg asam, jakarta.

jaulah

jaulah

mesyuarat: dari kanan, hj muhamad (amir jamaah) m zain, saifullah dan ariffin





masjid istiqlal jakarta.

mehrab masjid istiqlal, jakarta.

menara masjid istiqlal (dilihat dari dalam masjid)

santai di Thamrincity

jakarta dilihat dari tanah abang.(Thamrincity)

masjid arab, tanah abang.

markaz tabligh kebun jeruk jakarta (dari dalam)

markaz kebun jeruk jakarta (dalam)


markaz kebun jeruk (dari luar)

markaz kebun jeruk jakarta

lapangan terbang sukarno hatta

Hj Nazir dan Hj Satar di airport.


terminal tiga. ( di bawah ini gambar di bandar diraja Pekan Pahang)

imam dan bendahari masjid temerloh jaya di depan istana abu bakar pekan pahang.

imam bersama pengerusi masjid temerloh jaya.

masjid baru Pekan.

mehrab dan mimbar masjid baru Pekan.

pintu hadapan masjid baru pekan.




us. Wahid Ghafar mudir maahad Tahfiz Al-Amin, Berhala Gantang.

program ceramah kesihatan di masjid temerloh jaya

ceramah kesihatan di masjid taman temerloh jaya.

mudir maahad tahfiz shah alam bersama imam temerloh jaya

bendahari masjid tj bersama pengerusi maahad tahfiz ttdi jaya shah alam.


arif rahman di kedai jahit temannya.




di masjid Baru Pekan Pahang.