Pages

Monday, June 27, 2011

pelancongan koperasi sekolah

pengetua bersama para tamu
koperasi Smk datuk bahaman telah memulakan program pelancongan dengan menerima tamu
dari smk sri kundang dan smk rawang. Mereka bermalam di asrama smk datuk bahaman. semasa mereka di lanchang, mereka dibawa melawat pusat latihan gajah kuala gandah serta bukit rengit.
tetamu melihat bahan di galeri

Hari Koperasi SMK Datuk Bahaman

dari 22.6.2011 hingga 25.6.2011 smk datuk bahaman
menjalankan aktiviti hari koperasi sekolah.
Berbagai acara diadakan antaranya pertandingan
kuiz, permainan, ucapan, penanaman pokok
serta jualan dan pameran.

Acara menanam pokok

majlis perasmian - wakil angkasa, En. Razali Manaf

ahli koperasi

ahli koperasi

cik Soh membeli-belah di pesta jualan

gerai rojak buah

masjid nilai ns

Sunday, June 26, 2011

seminar pencegahan jenayah

mmmmm kena pergi seminar cegah jenayah di SMK Sri Semantan, Mentakab.
23.6.2011
ceramah ok.
senjata yang dilarang
makan lauk patin ok
senjata

dadah
mmmm drama yg ditunjuk, terpikir pulak, adakah dengan drama boleh cegah jenayah? Kalau macam tu, kita pakaat tengok drama je lah... jenayah hilang. tapi tv dah siar drama berpuluh tahun, jenayah makin banyak....

Tuesday, June 21, 2011

Cabaran umat Islam masa kini

ahli jamaah yang hadir
17.6.2011 ceramah agama `cabaran dan tanggungjawab Muslim masa kini` Oleh Prof Dr Yusuf Othman di masjid Taman Temerloh Jaya.
Prof Yusuf, Tn Imam dan Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya

Pengacara majlis, Hj Abdullah Ismail


Prof Dr Yusuf Othman sedang menyampaikan kuliah

ahli jamaah masjid Temerloh Jaya

antara hadirin, Tn PPD Temerloh.


Sunday, June 12, 2011

JAMBATAN Sg Pahang dan Patin Temerloh

Jika tuan melalui lebuhraya KL-Kuantan, tuan akan melalui Jambatan melintasi sungai Pahang di  temerloh. Jambatan ini dikenal dengan lambang gading gajah bersilang. Selepas melintasi sg Pahang, tuan akan menemui R n R yang terkenal dengan Patin RM13,000.00. Sesiapa yang tak mencubanya tentu rugi.Sebagai orang tempatan, patin merupakan hidangan istemewa di temerloh. Mintalah patin sangkar, harganya tiga belas ringgit sekilo (mentah). Yang mahal tu, patin ori sungai. (jangan keliru dengan patin sangkar yang dipelihara dalam sungai)

SYED bertemu SHARIFAH

Kampung Tekal (tekei) 4.6.2011 saya berkunjung ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Tn Hj Syed Noh. Selesai makan, pengantin lelakipun tiba. Pengantin lelaki dari Kg. Kuala Tekal.
Lepas kenduri, saya singgah di kerdau untuk solat zohor di masjid baru kerdau.

Satu perkara yang perlu juga diambil perhatian dalam masalah perkahwinan ialah kufu atau taraf. Keadaan terbaik ialah setaraf atau sekufu: Syed dengan syaarifah, grad dengan grad, penagih dengan penagih... orang mukmin yang baik haram kahwin dengan penzina (rujuk Quran)... maksudnya lelaki yang baik kawin dengan perempuan yang baik, prm yang tak baik, kawin dengan lelaki yang tak baik.

JENGKA STREET

Setiap hari sabtu pagi pasar membeli belah di jengka street. pelbagai barangan dijual secara borong dan runcit, terutamanya kain, pakaian dan lain-lain barangan. Saya datang beberapa kali, kebetulan lalu di situ untuk lain. sementara singgah, sempatlah membeli beberapa barangan. Jika dari temerloh, sampai dipersimpangan dekat Jusoh Dagang, masuk ke kanan, tuanpuan akan jumpa jengka street.Petangnya, pasar malam...di bandar jengka.
RASULULLAH, SEBAIK TAMAT PEMBINAAN MASJID NABAWI DI MADINAH, TELAH MENGASASKAN PASAR ISLAM MADINAH (sebelumnya pasar madinah dikuasai yahudi qainuqa`).
Disanalah orang-orang Islam berniaga. Dalam tempoh 10 tahun, pasar dan bandaar Madinah bertukar menjadi pasar orang Islam. (fahamilah yg tersurat dan tersirat)

Friday, June 3, 2011

Masjid kg Chempaka dan kg Teris

Isnin 30.5.2011 saya solat zohor di masjid 
Kg Chempaka, Lanchang. Saya azan, saya
qamat, dan saya sembahyang sorang-sorang,
sebab tidak ada siapa yang datang berjamaah.
Rabu 1 jun 2011 saya solat zohor di masjid
kg Teris. tiga orang termasuk saya. (yg ada
ialah imam dan siak). Lepas solat kami
bercerita tentang aktiviti masjid.



masjid kg Chempaka, sebelahnya kubur.
 aktiviti terhenti akibat nak berebut jawatan ajk. akhirnya orang pun tak datang ke masjid, aktiviti terhenti. apa boleh buat, orang lebih sukakan jawatan, bukan ibadat di dalam masjid.

mimbar masjid kg teris

pak imam kg teris

masjid kg teris grade A

masjid kg teris