Pages

Sunday, March 20, 2011

ashabul fil

 19.3.2011 kami ke bahau, dalam perjalanan balik, singgah makan di simpang  jempul keratong... dua ekor gajah juga berada di situ. sempatlah merakamkan gambar
parking di simpang jempul-keratong
mereka berdua. agaknya nak dibawa ke kuala gandah, lanchang, tempat latihan gajah. kita sekarang baru nak latih gajah, zaman sebelum nabi dulu, abrahah dah guna gajah untuk serang mekah. nama gajah juga termaktub dalam quran, surah fil.

Sunday, March 6, 2011

Hafalan Al-Quran mencegah pelbagai penyakit.

Dr. Salih bin Ibrahim Ash-Shani' Dekan Fakulti Psikologi Universiti Ibn Saud, Riyadh telah membuat kajian terhadap para penghafal Al-Quran di samping satu kelompok kawalan. Kajiannya mendapati ada hubungan positif antara peningkatan kadar hafalan al-Quran dengan tahap psikik seseorang dan mahasiswa yang menghafaz al-Quran memiliki tahap psikik yang tinggi. Orang yang menghafal al-Quran dan mendengar bacaan secara berterusan akan merasakan perubahan yang besar  dalam hidupnya. Hafalan al-Quran memberi pengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui pemerhatian dan pengamatan yang dilakukan, seseorang yang menghafaz al-
quran dapat meningkatkan sistem ketahanan badan (imuniti) yang seterusnya menghindari dari pelbagai penyakit.