Pages

Friday, February 25, 2011

MENIKMATI KESUSAHAN

 KOTA BANDUNG, INDONESIA.
masjid bandung dgn 2 menara 90m.
Pertengahan tahun 2008 Rita Rahayu mendapat tugas membuat penyelidikan mengenai  kualiti udara di kota Bandung. Dia merasa kurang selesa dengan tugas itu kerana terpaksa bekerja di luar pejabat siang dan malam. Dia menjalankan tugas dengan perasaan yang berat...Jam menunjukkan pukul 11.00 malam dan matanya mula mengantuk. Udara kota Bandung yang dingin membuat dia ingin pulang ke rumah dan tidur. Dia memeriksa jangkasuhu dan mendapati suhu malam itu 17 ◦c. Rasa dingin, mengantuk dan penat bercampur menjadi satu. Dia merasa kesal ditugaskan di situ sedangkan orang lain boleh tidur nyenyak di rumah. 

Beberapa ketika kemudian dia melihat ada seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 50an tahun dengan pakaian seragam majlis perbandaran menyapu jalan. Dia melihat jam di tangannya menunjukkan  pukul 2.30 pagi. Pertama kali dia melihat ada orang bekerja seawal pagi begini. Pakcik itu menyapu dan membersihkan sampah di bahu-bahu jalan dengan bersungguh-sungguh tanpa perasaan jijik. Dia tertarik untuk menghampiri dan mengajak pakcik itu berbual. Sambil membantunya memungut  sampah dia mula bertanya aktiviti pakcik itu setiap hari. `Pakcik  tidur selepas isyak. Pakcik itu memulakan cerita. Bangun jam 1.00 pagi dan sempat untuk qiamullail. Selepas itu baru bersiap untuk bekerja. Selesai menyapu dan membuang sampah kira-kira jam 4.00 pagi. Alhamdulillah pakcik solat subuh berjamaah di masjid. Selepas solat, pakcik membantu isteri membuat kueh untuk jualan sebelah petang. Dengan kerja rutin begini, alhamdulillah badan pakcik sihat dan tidak pernah sakit`.

Ketika ditanya tentang pendapatannya, pakcik hanya menjawab, `Alhamdulillah, rezekinya sentiasa ada. Kalau soal cukup, gaji kurang dari RM100.00 sebulan memang tidak cukup, tambahan lagi anak pakcik masih belajar di madrasah thanawiah, pakcik terus berusaha dan yang penting adalah berkat.


Tanpa disedari, orang yang bertanya mula menangis dan merasa malu sendiri.  Pakcik itu hidup begitu sederhana dengan penuh kesyukuran dan tanpa mengeluh.
(Dipetik dari: Syed Alwi Alatas: (2010) BILA ALLAH MENDUGA KITA, mustread sdn bhd. Kuala Lumpur.)

Saturday, February 19, 2011

Gunung Senyum

Jalan menghala ke gunung senyum
 Pertama kali saya sampai kepuncak gunung senyum dalam tahun 1970 dengan melalui denai dan belukar. Leadernya Pakwa Khalid (sekarang imam masjid Telok Sabak) dan guidenya Mohd Nasir. Semasa aktif dengan belia, kami selalu berkhemah di gunung ini dan di gua kota gelanggi. Pok Him (Ibrahim Jenderak Utara) jadi tukang masak. Lan Kg Angut tukang azan. Bergema gua itu oleh suara azannya. Kami jumpa orang bertapa memuja nombor ekor di gua terang bulan. 

Selepas mendapati Bukit Rengit tak dapat menampung jumlah murid lebih dari 100, kami (saya dan cikgu suhaimi) pergi ke gunung senyum (15.2.2011) Di sini boleh menampung lebih ramai peserta dan bebas boleh memasak sendiri. cuma masalah pengangkutan saja yang agak jauh. Kemudahan di sini cukup. ada bilik air, dewan, surau, dorm, tempat memasak, tapak khemah, chalet dll. Rumah Pahang hadiah `Yee' masih kelihatan utuh. Rumah itu asalnya kepunyaan aki dia, Tok Setia, dihadiahkan untuk diabadikan di kawasan gunung itu. Saya tak daya nak jalan-jalan ambil gambar (sejak  jadi oku ni).
antara gua yang kelihatan

Gajah di Kuala Gandah dan Bukit Rengit.

Add caption
 Sudah lama saya tidak ke Bukit Rengit. last mungkin tahun 90an dahulu. Minggu lepas saya dan GPK Ko-Ku pergi ke sana untuk servay tapak perkhemahan. Tapak yang disediakan terhad kepada 100 peserta sahaja disamping tidak dibenarkan memasak sendiri. Peserta dimestikan mendapatkan makanan dari cafe yang disediakan.
 


deerland lain, ini kepunyaan orang persendirian.

Tuesday, February 15, 2011

Cara wuduk Rasulullah

Drp Abdullah bin Zaid bin  `Aasim al-ansari ra. (sahabat Rasulullah). Beliau diminta menunjukkan cara wuduk Rasulullah saw. lalu beliau meminta sebekas air, ia menuangkan ke tangannya dan membasuh kedua tangannya tiga kali. Setelah itu beliau memasukkan tangannya ke dalam bekas dan mencedok air (dengan tangannya) lalu berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung dengan satu tapak tangan dan ini dibuatnya tiga kali, dimasukkannya lagi tangannya untuk mengambil air lagi, ia membasuh mukanya tiga kali, dimasukkannya lagi tangaannya untuk mengambil air dan membasuh kedua tangannya hingga kedua sikunya dua kali-dua kali, dimasukkan lagi tangannya ke dalam bejana dan dikeluarkan lagi dan ia menyapu kepalanya dari hadapan ke belakang dengan kedua tangannya, kemudian dia membasuh kedua kakinya hingga kedua buku lalinya, kemudian dia berkata, begitulah wuduk rasulullah saw.
Kesimpulan hadis:
1) Basuh tangan di luar bekas air 3 kali
2) Menceduk air dari dalam bekas dengan menggunakan tangan sebagai penceduk untuk berkumur, menghisap air ke hidung, membasuh muka, membasuh tangan hingga siku, menyapu kepala dan membasuh kaki.
3) Setiap basuhan diulang tiga kali atau dua kali
4) menyapu kepala menggunakan dua belah tangan dari hadapan kepala hingga ke bahagian belakang kepala sekali sahaja.