Pages

Monday, November 29, 2010

Perkhemahan dalam cuti

ansar berkopiah, sebelah kanan
Sabtu lepas, sahabat sy, Ramizul mencadangkan untuk mengumpulkan anak-anak saudaranya dalam satu perkhemahan hujung minggu. Anak saya, Ansar pun diajak join sekali kerana Ansar berkawan dengan anaknya, Syakir.

Program bermula dengan solat maghrib dan memasang khemah. gambar solat tak dapat ambil sebab kami datang dah lewat malam. mereka berjamaah sendiri dengan yang paling besar menjadi imam.

Lepas Isyak mereka buat ayam bakar. Kami datang mereka sedang membakar ayam.
Anak hakim mahkamah syariah pun turut sama. Ramizul kumpulkan anak-anak saudaranya dari jerantut. Anak dia dan saya saja dari temerloh.
ansar memang suka berkhemah. dia bawak dua khemah, besar dan kecik. Lokasi perkhemahan di sebelah rumah ramizul sebab rumahnya corner lot dan lapang.


siap untuk dimakan


ansar n d gang
lepas makan mereka masuk tidur, sebab nanti nak bangun awal untuk qiamullail.



 anak-anak kena diajar buat qiamullail supaya mereka biasa dan tidak janggal. dengan buat program ramai-ramai menjadikan aktiviti itu lebih menyeronokkan.

Lepas subuh mereka dijadualkan berjogging. lepas tu sarapan dan bersurai.

Ahad petang, ansar, izril dan adailami dihantar ke maahad tahfiz al-amin berhala gantang untuk mengikuti kem ibadah yanag dianjurkan oleh maahad tersebut.





 katanya berebut-rebut orang nak join. nasib baik saya dah sms dulu kpd mudir nama-nama tu...cuma syakir anak Ramizul tak dapat ikut serta. bukan main seronok budak-budak tu nak pergi. walaupun namanya kem tapi merka duduk di bangunan asrama (dorm) tiga tingkat. antara aktivitinya ialah belajar al-quran dan amali ibadah.

night inspection
 Disiplin kem ketat. penjaga tak dibenar melawat kecuali selepas enam setengah petang. saya cadang nak datang solat maghrib dan isyak kat masjid berhala gantang sebab budak-budak peserta kem itu akan solat di situ.Perkhemahan tu selama 14 hari dengan bayaran yg sangat minima rm290.00

Saturday, November 27, 2010

Hi tea di awana, genting.

ahad lepas, sekolah lama saya, smk serendah buat hi tea di awana. saya lupa nak ambil gambar, terpaksalah copy dari ummuqayyim punya. halal yek.. :-)

pantun klasik yang dihafal bertahun-tahun dulu:
 daun selasih, ubi kayu,
terima kasih, thank you.

 

terima kasih kpd pengetua dan guru-guru smk serendah yang sudi jemput saya ke hi tea. Beri hadiah pulak tu... balik rumah, saya baca pada sampul surat ... honorarium koperasi 2009-2010, alhamdulillah...bukan ini yang saya impikan, tapi keseronokan, ilmu dan pengalaman guru dan pelajar berniaga itu yang lebih penting. semoga koperasi smk serendah terus maju... jgn lupa bayar zakat. Begitu juga taska, semoga terus maju. amin.

Mandi air panas

kolam air panas dlm bilik kami
Minggu lepas kami sekeluarga ke hulu selangor, anak saudara kawin di Sungai Buaya. Bertolak dari temerloh lepas zohor dan solat asar di genting sempah. kami sengaja lalu ikut Sungai Tua, nak tengok tasik empangan batu.

solat maghrib jamak dgn isyak di masjid bandar baru batang kali. untuk bermalam kami pilih inn di ulu tamu sebab biliknya ada kolam air panas. taukehnya hj Osman, saya kenal masa berkhemah kat situ dulu dengan budak-budak smk serendah. sungguh seronok  berendam air panas tengah malam tu, walaupun airnya berbau belerang.
ini kolam ikan, bukan kolam air panas. banyak ikan talapia. malam tu, anak hj Osman memancing sampai tengah malam. saya tak join sebab nak berendam air panas dalam bilik.

ini pondok rehat ditepi tasik dekat inn.
 
pondok untuk meninjau kawasan persekitaran

paip ni tak boleh tutup. airnya sentiasa keluar...air bukit

pintu antik nak masuk ke cholo-cholo, restoran hj osman bersebelahan dgn inn-nya.


spa dan office hj Osman, sgt tenang dan nyaman.....

lorong ke cholo-cholo



inn tempat kami bermalam - rumah berbentuk minang, mengadap ke tasik


tak berapa nampak, (gelap) kolam air panas dalam bilik kami...

bersiap nak check out


check-out... lepas ni ke sungai buaya pulak.


pulang kunci, letak aja atas meja dalam bilik tu. Hj Osman sibuk di restorannya. kami bersarapan di restoran sepakat batang kali, nasi lemak n roti canai, bila nak bayar, hj osman kata, tak payah,....., bayar sewa bilik saja....

puas juga mencari surau al-ansar jln cempakasari 3 sungai buaya. nasib baik sempat  dengan majlis akad Safuan

surau al-ansar jln cempakasari 3, bandar sg buaya.


sebelum balik, singgah di serendah, tengok sekolah lama.... smk serendah dari belakang.

Saturday, November 6, 2010

kepalsuan teori evolusi darwin


Kepalsuan Teori Evolusi Atau Teori Kebetulan.
Alam maya ini adalah ciptaan Allah SWT. Ia bukan wujud secara semulajadi sebagaimana yang selalu dinyatakan, sebaliknya ia dijadikan atau diciptakan. Allah mencipta alam ini dan merekabentuknya sehingga ke perincian yang paling halus. Mustahil sama sekali bagi fahaman teori evolusi yang mengatakan hidupan ini terjadi sendiri secara kebetulan (coincidence). Dapatan saintifik sendiri mendapati teori ini adalah tidak benar.
Teori Evolusi adalah Tidak Benar dan Bercanggah dengan Islam.
Teori palsu ini ditulis oleh Charles Darwin dalam  bukunya ‘Origin of Species’ pada tahun 1859. Ia menafikan makhluk di bumi ini diciptakan secara berasingan. Teori ini sangat digemari sehingga diajar di sekolah-sekolah walaupun ia bertentangan dengan teori saintifik. Teori Darwin bertentangan dengan sains sekurang-kurangnya dalam tiga aspek:
i.                    Teori ini gagal sama sekali dalam menerangkan bagaiman bermulanya kehidupan di bumi.
ii.                  Tiada dapatan saintifik yang boleh menunjukkan yang mekanisma revolusi mampu berkembang dan berubah sebagaimana yang didakwa oleh teori ini.
iii.                Rekod-rekod fosil membuktikan kepalsuan teori ini kerana dapatannya menunjukkan sebaliknya.
Teori yang tidak saintifik ini menyarankan bahawa kehidupan ini berasal daripada satu sel hidup di bumi primitif 3.8billion tahun yang lalu. Tetapi ia gagal menjelaskan bagaimana sel pertama itu wujud. Teori ini menolak Tuhan dan penciptaan dalam kejadian makhluk. Darwin bertahan dengan pendapat bahawa sel pertama itu terjadi secara kebetulan melalui undang-undang semulajadi tanpa pelan susunatur dan  rekabentuk yang sistematik. Darwin gagal untuk menjawab bagaimana undang-undang semulajadi itu wujud. Baginya, segala yang tidak bernyawa melahirkan sel hidup secara kebetulan.
Dapatan Louis Pasteur (1864) membuktikan Darwin tidak benar. Hal ini dinyatakannya dalam ucapannya di Universiti Sorbonne, Perancis pada tahun 1864. Pengikut Darwin cuba membuktikan teori mereka, antaranya, Stanley Miller (1953) membuat ujikaji tetapi dapatannya gagal dan begitu juga Jeffrey Bada (1998). Neo-Darwinism pula menimbulkan teori mutasi bagi menyokong teori evolusi. Walaubagaimanapun, dapatan saintifik mengatakan mutasi tidak membawa kepada perkembangan benda hidup sebaliknya, merosakkannya. Penemuan DNA pula sama sekali menolak teori kebetulan (evolusi). Rekod penemuan fosil pula tiada membuktikan bahawa evolusi telah berlaku.
Hikayat evolusi manusia yang bermula daripada makhluk berupa monyet tidak ada bukti sama sekali. Fosil Australopithecus atau South African Ape sebenarnya adalah monyet yang tiada kaitan dengan manusia (Lord Solly Zulkerman & Prof Charles Oxnard, 1970). Daripada keterangan di atas, nyatalah bahawa teori asal usul manusia adalah satu dongeng yang dianggap saintifik. Ia tidak saintifik sama sekali kerana tiada satupun ujian saintifik yang menyokong dan mengesahkan dongengan itu.  

Thursday, November 4, 2010

jalan-jalan di uum

 pintu belakang uum
 pintu depan uum
 dalam masjid uum
 mehrab masjid uum
 masjid uum
Pusat Islam uum
Masjid sultan Badlishah uum
Dewan Muazam shah uum

jam bunga


rusa uum
rusa laki bini